Since 07.07.07…

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Aktiviti Hujung Minggu…

Salam semua…

Kita bertemu lagi… weekend jer rajin untuk update blog ni.. so, kena gunakan masa dan tenaga yang ada untuk update.. Harap Mummy rajin lak lepas ni utk update sebab Mummy kan cuti 3 bulan since 17nov sampai lar 17feb2012… hehehe…

so… apa yang hendak dikongsi di sini adalah aktiviti hujung minggu kami… start dari jumaat petang, sampai la ke ahad petang..

jumaat petang… Daddy amik halfday sebab patutnya nak bawak Hadiff checkup.. tp ada kesilapan pentadbiaran di klinik Dr.Nomee so terpaksa tunda checkup Hadiff hari sabtu.. so, oleh sebab alang2 Daddy dah cuti.. so kami pun bersiar2 la di tempat dekat2 je iaitu IKEA.. hehehe.. dekat ke? ;P .. so, jalan2 je kat situ.. seperti biasa oleh sebab jalan2 so sure terbeli sikit itu ini.. normal la kot.. so, jalan punya jalan punya jalan sampai la ke mlm.. b4 balik kitaorg singgah The Curve jap sebab nak tgk Atuk Kenny Tay perform.. Kenny Tay ini otai lama, geng dengan Atuk Remy dan Atuk Martin.. diaorg famous lagu Suratan atau kebetulan dan sebagainya… time Atuk Kenny perform, Harris sempat dancing2 jap.. test bakat.. hehe… so after show kitaorg makan dan balik rumah..

ni gambar skit kat Ikea dan Harris dance😉

sambung.. hari Sabtu… awal pagi bawak Hadiff g checkup.. checkup sebab Hadiff dah sebulan… dalam pukul 10 dah selesai checkup so then pegi makan kat restoran papa n jada then kitaorg g tesco shopping barang dapur jap… then terus balik rumah, kemas2 apa patut then rehat2…. petang lak kitaorg g KLCC jap beli baju Harris n Hadiff then balik rumah… tu jer, gambar pun takde sangat sebab g kejap jer🙂

Hari Ahad… pun seperti biasa, bangun awal.. actually mmg tiap pagi Harris n Hadiff bangun awal pagi.. Daddy cakap nak train kitaorg bangun awal sebab senang utk kitaorg sekolah dan keje esok2.. hehe.. Hari Ahad ni ada plan dah actually.. iaitu g sekolah Harris.. next year Harris akan start sekolah.. Harris sangat excited.. Mummy pun sama, banyak sekolah mummy survey akhirnya Mummy decided untuk masukkan Harris ke Young Ambassador di Setiawangsa.. agak jauh dari ampang tp nanti Daddy n Mummy akan cari jalan penyelesaian mcm mana Harris akan ke sekolah tu nanti.. so, hari ini ada briefing kat sekolah Harris tu.. pukul 10.30 start.. kitaorg sampai lewat skit.. Ramai dah kekawan Harris kat situ.. Harris tak paham pun apa yang Teacher2 sampaikan, Mummy je dengar dengan tekunnya.. Harris dengan jap then terus main2.. hehee.. briefing sampai pukul 12.30… Hadiff sangat baik, dia pun tekun tido dengan Mummy time tu.. hehehe…

ni gambar Harris dan ready nak g school dan Harris dengar briefing seminit pertama😉

ok.. abis briefing kitaorg terus g Jusco Setiawangsa untuk makan jap.. selesai makan terus g umah Papa n Jada sebab dah lama tak jumpa.. then, lepak jap terus g makan petang kat SoulOut kat Somerset Jln Ampang…Sedap makan kat sini, lepak2 makan then balik rumah.. sampai rumah dalam pukul 6pm… ngam2 sampai utk membolehkan Daddy tengok bola FIFA Club World Cup… Daddy cakap Barcelona kalahkan Santos so Barcelona jadi juara lagi… ni gambar time lepak makan.. Hadiff seperti biasa tido jer… dan Harris lak seperti biasa ramah ngan semua.. time ni Harris duk main ultraman dengan Atuk mat saleh.. hehehe😉

so… itu aje xtvt kitaorg… letih gak sebab tu balik je Mummy, Harris n Hadiff tido.. Daddy je bertahan nak tengok bola lagi katanya🙂

ok semua..nanti kita berjumpa lagi k… take care semua… tata…

HN
~by Daddy~

Happy 1month to Hadiff Nufael :)

Assalamualaikum semua.. hai hai…

Seminggu sudah tak berjumpa.. skrg kita berjumpa lagi .. hehe.. post ini adalah untuk mengucapkan Happy 1 Month to my beloved younger brother iaitu Hadiff Nufael.. dah sebulan dah Hadiff… Harris sayang Hadiff sangat😉

so.. Hadiff dah 4.9kg… tinggi.. ermm..ermm.. tak ingat lak.. hehe.. so, smlm g checkup Hadiff kat ampang putri.. Dr.Nomee ialah doktor utk Hadiff.. doktor ni baik dan sempoi… nanti Harris pun nak jumpa doc ni kalau tak sihat…

so.. Harris share gambar sebulan Hadiff.. dah bulat cam Harris dulu kan? hehee… semoga Hadiff sihat selalu🙂

ok.. itu jer.. nanti Harris update lagi k.. daa..

HN
~ by Daddy ~

Persamaan :)

Assalamualaikum semua..

Daddy tetiba rajin utk menulis.. Pagi td rajin sebab tengok bola, malam ni rajin sebab sesorg je tinggal.. semua dah tido dah….

so… post yang ringkas je ni… saje2 buang masa.. so based on gambar di bawah, apakah persamaan Harris n Hadiff? hehee…

ok.. itu aje… bertemu lagi di post akan datang.. Harris akan bercerita pasal hari ni… hehee😉

tata…

ps: Harris je bercerita skrg sebab Hadiff kecik lagi, nanti esok2 Hadiff lak akan bercerita..

HN
~by Daddy

Harris & Hadiff

Assalamualaikum semua.. Hai hai…

Tetiba Daddy terajin lak utk update blog di pepagi buta.. Daddy ckp skrg Daddy tengah tengok bola.. Real Madrid vs Barcelona pukul 5am.. than halftime ni la Daddy update blog ni…. Harris n Hadiff time ni tengah tido lagi.. eh.. Harris tido, Hadiff lak minum susu… hehehe

so… just nak update skit pasal Harris n Hadiff.. sejak menjak kami bersama, semua xtvt kami akan lakukan bersama.. apa Harris buat, Hadiff akan buat.. apa Hadiff buat, Harris pun nak buat… hehee.. so nak share gambar xtvt kami together gether😉

bila Harris main ipad, Hadiff pun nak main ipad😉

bila Hadiff baring lepak, Harris pun baring lepak🙂

Bila Hadiff nak try stroller baru, Harris pun nak try jugak🙂

Bila Harris tido petang, Hadiff pun nak tido petang jugak😉

Bila Hadiff hug Mummy, Harris pun hug Mummy🙂

Bila Harris tido atas katil Harris, Hadiff pun nak tido sama😉

Bila kuar jejalan, Harris n Hadiff sama2 naik stroller…. nasib ada 2 stroller, kalau satu camne ntah.. hehe😉

so.. actually banyak lagi xtvt bersama, hampir semua2 pun nak sama2 kalau boleh.. hehehe.. so, itu saje cerita pagi ini.. nanti akan diupdate lagi… ok semua… bye.. tata..

ps: Mummy actually tak cukup 40 hari lagi, tp makcik urut dah wat “mandi pelepas utk Mummy so boleh dah kuar dekat2 katanya.. hehehe😉

~by Daddy

Hadiff Nufael bin Muhamad Hafez

Assalamualaikum.. Hi semua…

Lama dah Harris menghilang.. setahun sebulan lamanya… Daddy n Mummy makin malas… tp skrg nak giat aktif kembali sebab Daddy cakap sayang pada cerita2 lama.. huhu… so, sorry kekwn, uncle & auntie.. Harris tak salah, Daddy n Mummy yg salah.. hehehehe😉

seperti yang semua tau, Harris dah nak masuk 4 tahun… tahun depan Harris dah nak start sekolah… Mummy cakap Harris sekolah kat Setiawangsa.. jauh kan? huhu…

dan seperti yang semua maybe tau…Harris dah dapat adik.. 17 November 2011 jam 7.32pm, adik Harris bernama Hadiff Nufael dilahirkan.. berat adik time tu 3.19kg.. hehe.. Harris sangat sayang adik.. sangat protective.. sesaper kacau adik, Harris akan tumbuk ala2 atom cerita real steel.. huhu…

so, ni gambar adik Hadiff.. comel kan? secomel Harris x? huhuh…

Hadiff Nufael

ni gambar Harris n Hadiff🙂

ok.. tu je kali ni.. semoga bertemu lagi.. insyallah.. byeeeee🙂

~by Daddy

Happy Birthday Kak Iman & Selamat Pengantin Baru to Uncle Ijad n Mummy Chu…

Assalamualaikum…

Wah.. dah berabuk dah blog Harris… last update cam dah berbulan-bulan lamanya…. sorry semua.. Daddy & Mummy cam sgt malas utk update blog.. Harris lak dah makin taksub dgn Ultraman, so lupa terus pasal blog… huhu…

La ni pun xde idea sgt pun… just nak wish Happy Belated Birthday to Kak Iman & Selamat Pengantin Baru ke Uncle Ijad & Mummy Chu… dah lama dah, sebulan lebih dah.. just guna event tu utk cari idea update blog.. kekeke…

so.. seperti biasa… layan gambar… hehe😉

ok.. itu aje…semoga bertemu lagi… Harris cuba update slalu k.. hehe daaaa….

Teaser – Jejalan ke Genting Highland ;)

Salam semua…

Harris baru ke genting hari ni (isnin-21.6.2010)… best wooo… Harris nak sgt citer tp Daddy & Mummy ckp esok2 sebab dah letih… tp camner pun Harris berjaya suh Daddy tulis gak update. just teaser lar.. satu gambar je… hehee… then nanti Mummy akan completekan citer pasal Genting ni dlm minggu ni jugak.. ok?

Apa2pun.. Harris sgt enjoy hari ni.. thanks to my beloved Daddy & Mummy.. jejln yg xde planning apa2… semalam ckp nak pg, hari ni terus pg.. hehee… ni skit gambar….

ok… kita jumpa lagi k… daaaa…

Harris
~by Daddy

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.